Thursday, 4 October 2012

Usrah Fitrah Gabungkan Penggiat Seni

Gabungkan Penggiat Seni
Usrah Fitrah Gabungkan Penggiat Seni
Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah mengenakan hijab.Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu, artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.Melihat kepada perkembangan positif itu Ustaz Rusydi Ramli

Friday, 28 September 2012

Tiga Perkara Yang Berat Tentang Solat


A. Berat sebelum melakukan sembahyang
Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya.
Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.
Contoh – contoh berat sebelum sembahyang :
Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.
Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.
Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.
Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.
Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.
Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.
Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.

10 Kereta Terpantas Di Dunia Pada Tahun 2013




Laman web Total Car Score telah menyenaraikan 10 buah buah kereta terpantas di dunia pada tahun 2013 nanti. Penyenaraian ini telah dilakukan oleh Karl Brauer, CEO dan ketua editor Total Car Score.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Satu senarai kereta terpantas pada tahun 2013 sudah dikeluarkan oleh laman Total Car Score.  Senarai ini disediakan oleh Karl Brauer, CEO dan ketua editorlaman maya tersebut. Senarai ini tidak memasukkan syarikat pembuat kereta yang mempunyai kurang daripada 20 cawangan di seluruh dunia atau menjual kurang daripada 20 model per tahun di seluruh dunia. Berikut adalah senarai kereta terpantas pada tahun 2013. Jom lihat gambar di bawah ini.

Friday, 21 September 2012

Kembangkanlah Sayap Jihadmu!


alt
Seperti mana yang kita tahu, sudah banyak kali kita dengarkan mengenai apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Syria, Libya, Palestin dan sebagainya. Namun, masih ada yang tidak menyedari akan situasi ini. Kita mungkin tak mampu ke sana dengan berbekalkan senjata! tetapi kita masih boleh berjihad dengan
1. fikiran.
2. tulisan (post di blog, fb atau puisi untuk dikongsi).
3. kerja-kerja amal islami.
4. persiapkan saudaramu (atau mana-mana ahli keluarga) untuk ke medan perang!