Friday 21 September 2012

Kembangkanlah Sayap Jihadmu!


alt
Seperti mana yang kita tahu, sudah banyak kali kita dengarkan mengenai apa yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Syria, Libya, Palestin dan sebagainya. Namun, masih ada yang tidak menyedari akan situasi ini. Kita mungkin tak mampu ke sana dengan berbekalkan senjata! tetapi kita masih boleh berjihad dengan
1. fikiran.
2. tulisan (post di blog, fb atau puisi untuk dikongsi).
3. kerja-kerja amal islami.
4. persiapkan saudaramu (atau mana-mana ahli keluarga) untuk ke medan perang!
Wahai kaum muslimin dan muslimah yang Allah muliakan,
Tidak usah kalian getir serta takut menghadapi peperangan
di jalan Allah SWT ini, kerana Allah telah menjanjikan banyak nikmat yang tidak tergambar oleh kita di syurga nanti. Antara nikmat-nikmat yang telah dijanjikan oleh Allah SWT bagi orang yang syahid antaranya ialah :
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar(pada hari kiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda maksudnya : 
" Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu; diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, melihat tempatnya di dalam syurga, dilindungi dari azab kubur - dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar, merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari (Ainul Mardhiah), diiperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Rasulullah s.a.w pernah juga bersabda :
"Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? 
Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."
Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab:
"Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
Lihatlah sabda Nabi s.a.w kita ini, sayang. Bukankah janji Allah itu benar dan sesungguhnya, Allahlah yang Maha Menyaksikan (Ya Syahiid). Janganlah kalian membazirkan air mata kalian yang tumpah menangisi isi dunia yang hina,... teruskanlah persiapan menuju alam akhirat. sesungguhnya, di padang mahsyar kelak, kita bukannya duduk situ sehari, malah mungkin beribu-ribu tahun lagi.
Pada waktu itu, kita sudah jelas bahawa kita sudah tidak mampu nak berbakti kepada agama Allah yang syumul ini. Kita jugak dah tak dapat nak berbuat amal kebajikan demi menjamin hidup kita di akhirat itu. maka bersiap siagalah mulai dari sekarang, kerana yang sepatutnya kita cintai lebih dari segala-galanya adalah Allah.

Kelak kalian tidak akan pernah merasa rugi walau sekelumit pun di dalam hati, malah lebih banyak pula limpahan rahmatNya ke atas kalian. Contoh yang saya boleh bawakan di sini ialah wali Allah yang agung merangkap idola saya, Rabi'ah Al-Adawiyah anak kepada Ismail Al-Adawiy yang tinggal di Kota Basrah pada zaman pemerintahan Raja Isa Bazan. Sewaktu ibu bapanya meninggal dunia, Rabi'ah dan kakak-kakaknya merasa sedih. Namun begitu, kerana cintanya pada Allah yang telah melebihi cintanya pada MAKHLUK, beliau tidak rasa kesal dan meraung meratapi kematian ibu bapanya yang mulia itu. subhanallah!
Janganlah kalian berasa risau lagi, wahai saudara-saudaraku! kerana Nabi pernah berpesan :
"Sesiapa yang meminta mati syahid dengan benarnya, Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syahid, walaupun dia meninggal di tempat tidur-nya."
(Hadis riwayat Muslim (al-Nawawi, 1972, jil.13: 56)
Hadis tersebut mempengaruhi orang Islam supaya bercita-cita mati syahid, iaitu kematian yang termulia dalam Islam, dengan menjanjikannya akan mendapat kedudukan yang dimintanya itu, walaupun dia hanya meninggal di rumah. Sesiapa yang tidak bercita-cita mahu mati syahid dan di dalam hatinya tidak ada niat langsung maka matinya dalam kehinaan kerana tidak mendapat ganjaran mati syahid sedangkan semulia-mulia kematian adalah mati syahid, setiap amalan bergantung pada niatnya. Tidak sanggup rasanya melihat muslimin dan muslimah yang sebenarnya layak mati syahid ini mati sia-sia!
Sedang Allah berfirman dalam kalam cintaNya :
"Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki." (169). Dan juga mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." ( 170). Mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman."
(Surah Ali-Imran ayat 169-171)
Allah berfirman lagi yang bermaksud;-
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya"
(Surah al-Baqarah ayat 154)
Lihatlah kata-kata suci Anas bin Malik r.a pula, Anas bin Malik ra.berkata : Dari Nabi SAW. baginda bersabda maksudnya :
"Tidak ada satu jiwa pun yang mati dan akan memperoleh kebajikan yang menggembirakannya di sisi Allah kerana dia dapat kembali ke dunia bukan kerana untuk memperoleh dunia serta isinya kecuali orang yang mati syahid. Kerana ia berharap dapat kembali lagi lalu terbunuh lagi di dunia, melihat besarnya keutamaan mati syahid."
(Hadis Riwayat Muslim : 3488)
Lihatlah pula catitan dalam kitab Sunan Abi Daud, hadith 2520, Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Apabila saudara-saudara kamu dibunuh di Uhud, Allah meletakkan ruh mereka dalam perut burung hijau yang sentiasa menelusuri sungai-sungai syurga, ia makan buah-buahan syurga dan pergi mendapatkan sarangnsarangnya (qanadil) dari emas tergantung di bawah bayangan arasy."
"Apabila mereka (yang mati syahid itu) dapati betapa enaknya makanan, minuman dan tempat rehat mereka, mereka berkata, "Siapakah yang akan menyampaikan berita kepada saudara-saudara kita tentang kita, bahawa kita sedang hidup di syurga dengan mendapat rezeki. Supaya dengan itu mereka tidak akan berzuhud daripada jihad dan tidak akan undur daripada berperang."
Lantas Allah berfirman yang bermaksud;
" Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka." Lalu Allah turunkan ayat: "Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
(Ali Imran 169)
Riwayat yang hampir sama disebut di dalam Sohih Muslim hadith (1887). Imam Muslim meriwayatkan hadith ini menerusi 3 jalan. Masruq berkata:
"Kami bertanya kepada Abdullah (yakni Ibnu Mas'ud) tentang maksud ayat:
" Akulah yang akan menyampaikan khabar kalian kepada mereka." Lalu Allah turunkan ayat: "Dan janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki"
(Ali Imran 169)
Kata Ibnu Mas'ud, "Kami juga pernah bertanya Rasulullah SAW tentang perkara ini, lantas baginda bersabda:
"Ruh para syuhada' itu di dalam perut burung hijau. Ia ada beberapa lampu yang tergantung di arasy. Ia berterbangan di syurga seberapa lama yang dikehendakinya. Kemudian ia menuju ke arah lampu yang tergantung itu. Lalu Tuhan memandang mereka dan bertanya: "Adakah kalian inginkan sesuatu?" Mereka menjawab, "Apa lagi yang kami mahukan sedangkan kami bebas bergerak di dalam syurga ke mana saja yang kami mahu."
"Tuhan bertanya lagi hingga tiga kali. Maka apabila mereka dapati mereka tetap ditanya juga, akhirnya mereka berkata, "Ya Tuhan kami, kami mohon supaya dikembalikan ruh ke jasad kami supaya (kami dapat berjihad lagi dan kemudiannya) kami dibunuh pada jalanmu sekali lagi."
"Maka apabila Tuhan melihat mereka tidak ada lagi apa-apa hajat, merekapun ditinggalkan."
Ayuh semua, kita berjihad di jalan Allah!
Janganlah merasa takut mahupun rugi, kerana janji Allah itu sentiasa benar dan pasti!