Usrah Fitrah Gabungkan Penggiat Seni
Sejak awal tahun ini, ramai artis yang sudah
mengenakan hijab.Malah bukan golongan wanita saja yang menjurus ke arah itu,
artis lelaki turut sama menuju ke jalan yang sama.Melihat kepada perkembangan
positif itu Ustaz Rusydi Ramli
Al Jauhari telah mengilhamkan pergerakan yang
dinamakan sebagai Usrah Fitrah buat selebriti yang ingin mendalami ilmu agama.
Antara selebriti yang mengikuti program ini adah
Irma Hasmie dan Yatt Hamzah.Irma, 30, berkata, dia terharu apabila usaha
mengumpulkan golongan artis dalam mendalami ilmu agama semakin mendapat
sambutan.“Pada awalnya kumpulan ini hanya terdiri daripada 4 orang pelakar dan
5 orang tenaga pengajar sahaja tetapi usaha murni ini telah berkembang dan
sekarang mempunyai lebih 30 orang ahli dari berbagai bidang serta 7 orang
guru.“Ia bukan sahaja disertai oleh golongan selebriti yang ingin mendalami
ilmu agama tetapi juga mendapat perhatian daripada individu daripada profesion
lain,” katanya yang dipetik menerusi MStarOnline, baru-baru ini.Antara artis
yang aktif lain yang bergiat dalam Usrah Fitrah antaranya Heliza Helmi, Diana
Amir, Farah Asyikin, Siti Nordiana, Iqram Dinzly, Zoey Rahman dan
Enot.Sementara itu, Yatt memberitahu antara guru yang mengajar mereka adalah
Ustaz Azhar Idrus.Namun dia mengaku bukan ahli PAS, tetapi hanya menyokong
perjuangan Islam.Yatt turut menambah, Usrah Fitrah turut mendapat pelbagai
undangan daripada pihak penganjur untuk menjayakan program yang dianjurkan mereka.“Sebagai
contoh, bulan November ini kami (Usrah Fitrah) akan terlibat dengan Festival
Hijab yang akan dijayakan bersama-sama selebriti yang lain,” katanya.