Saturday 21 December 2013

~~Kasihilah Kucing~~

HADITH NABI TENTANG KUCING
 إِنَّهَا لَيْسَتْ بِنَجَسٍ إِنَّهَا مِنَ الطَّوَّافِينَ عَلَيْكُمْ وَالطَّوَّافَاتِ
 "Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita. ” (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih.
 Kali ini Raja Lanun ingin mengajak para pembaca supaya mengasihi haiwan bukan sahaja kucing malah haiwan-haiwan lain juga. Tapi fokus kali ini adalah haiwan yang bernama kucing. Kadang-kadang kita pernah terjumpa orang yang takutkan kucing.Betul x? Pelik juga sebenarnya kenapa ada orang yang takutkan kucing. Mungkin mereka ada alasannya yang tersendiri. Tapi bagi Raja Lanun, kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan periang.Kadang-kadang kalau tengok gelagat kucing pun kita dah rasa gembira sangat2. Pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang sahabat yang sangat suka bermain kucing sehingga diberi nama jolokan "Hurairah" yang bermaksud Bapa Kucing.
Sebagai khalifah Allah di muka bumi yang indah ini, kita perlu menjaga hubungan antara sesama makhluk. Bukan antara manusia sahaja tapi terhadap makhluk-makhluk lain juga. Namun begitu, ada juga manusia
yang tidak mempunyai keperimanusiaan atau belas kasihan terhadap binatang. Sesungguhnya Allah S.W.T sangat murka pada orang yang menzalimi diri dan orang lain termasuk juga kucing. Kadang-kadang bila Raja Lanun terlihat gambar-gambar kucing diseksa, hati terdetik, "Dimanakah perasaan belas kasihan mereka?, Adakah mereka menyangka haiwan yang secomel itu tidak mempunyai perasaan?". Ya, haiwan juga ada perasaan. Cuma kita jer yang tidak mengerti perasaan mereka. Memang betul ada sesetengah kucing sangat agresif dan suka membuat bising. Namun kita perlu faham, mungkin Allah S.W.T ingin menguji hambaNya yang semakin jauh dari pangkal jalan. Mungkin juga Allah S.W.T ingin memperlihatkan cerminan terhadap diri kita melalui kucing. Namun kita cepat bersangka buruk dan tidak sabar terhadap dugaan Allah S.W.T.
Sebenarnya banyak lagi gambar yang ingin di upload mengenai penyiksaan terhadap kucing ini dan haiwan lain, namun cukuplah setakat itu sahaja. Oleh itu kita sebagai manusia yang berakal seharusnya lebih waras dan bijak dalam mengambil tindakan dan bukannya menghukum sesuatu sesuka hati. Sesungguhnya pembalasan Allah S.W.T adalah Maha Adil dan seksaNya adalah sangat pedih.