Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah
Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah
Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah
sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit
dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan
orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk
Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan
untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan
nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah,
Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai
hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami
mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau
murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha
Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Bacaan ketika iktidal
Wahai
Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha
suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya
Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah
darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas
engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami
dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas
engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami
dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh
Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas
keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya
Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah
hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku
daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau
sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi
pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi
berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau
sahajalah segala puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku
minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi
yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.