Sunday 10 March 2013

~~SAHABAT SEJATI~~

 

SAHABAT SEJATI
“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
·         1.  Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·         2.  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·         3.  Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·         4.  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·         5.  Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut              kebaikan  kamu

·         6.  Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·         7.  Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·         8.  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·         9.  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·         10 Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan  kamu;
·         11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu  kamu;
·         12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan                persahabatan.
·         13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
·         14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

(^_^)v  THANKS MY FRIENDS!!!